Sabtu, 22 Mei 2010

belajar microsoft dengan cara cepat

Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Microsoft Word
Microsoft Word ialah salah satu program pemprosesan kata yang paling digemari dan laris di pasaran. Anda boleh menggunanya mencipta pelbagai dokumen: surat, memo, laporan, manuskrip, dan surat berita. Di antara program-program dalam pakej Office, word mungkin ialah perisian yang paling kerap digunakan oleh anda kerana ia sangat versatil sehingga anda menggunanya untuk sebarang kerja yang melibatkan teks.
1.0 Memulakan Microsoft Word
Untuk memulakan Microsoft Word, anda boleh memulakannya dengan memilih butang Start pada bar tugas Windows atau pada tetingkap pintas di ruang skrin monitor anda (kiranya ianya telah diprogramkan).
Klik butang Start di bar tugas windows.
Klik Programs untuk memaparkan menunya. Klik pada program Microsoft Word untuk memulakan program ini.
Pusat Komputer UTeM 1
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
1.01 TETINGKAP WORD
Tetingkap Dokumen. Tetingkap program akan dibuka bersama tetingkap dokumen kosong, biasanya dalam saiz maksimum: tetingkap program memenuhi tetingkap dokumen. Tetingkap program dibuka dengan nama program muncul di tajuk bar. Anda boleh mulakan kerja dalam dokumen kosong Word.
PEMBARIS
Pembaris Pembaris menggambarkan kedudukan margin, dan membenarkan anda mengeset tab dan inden. Jika Pembaris tidak kelihatan di atas skrin, paparkannya dengan pilih Ruler dari menu View.
Butang
Dalam keadaan ini, dua butang pulih, satu untuk setiap tetingkap, dipaparkan dalam di kanan atas tetingkap. Jika tetingkap program anda tidak dimaksimumkan, klik butang maksimumkan. Untuk mengecilkan tetingkap program menjadi satu butang di bar tugas, klik butang meminimum.
Pusat Komputer UTeM 2
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Bar
BAR TAJUK
BAR MENU
TETINGKAP DOKUMEN
Bar Tajuk Bar tajuk mencerminkan kandungan tetingkap. Apabila tetingkap dokumen dimaksimumkan, ia kan berkongsi bar tajuk dengan tetingkap program, maka bar tajuk mempunyai nama bagi program (Microsoft Word) dan fail itu. (Document1 ialah nama sementara dokumen anda. Semasa anda menyimpan pada pertama kalinya, anda boleh menggantikannya dengan nama pilihan anda.)
Bar Menu Bar menu bagi Word terdiri daripada menu perintah Word. Semua tugas yang harus dilaksanakan oleh anda boleh didapati melalui perintah menu. Untuk mengguna perintah menu, klik nama menu untuk memaparkan menu dan klik perintah yang diingini.
Bar Alat Standard Dengan seting lalai, Word memaparkan bar alat Standard dan bar alat Format bersebelahan. Bar alat Standard muncul di kiri, seperti dalam gambar. Bar alat Standard mempunyai cara pintas bagi perintah yang sering digunakan seperti membuka, menyimpan dan mencetak dokumen, dan membatalkan tindakan yang salah. Untuk mengaktifkan satu butang , klik butang itu. Untuk melihat nama butang , letakkan penunding tetikus di atasnya seketika; Tip Skrin akan muncul.
Pusat Komputer UTeM 3
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Bar Alat Format Bar alat Format, terletak di sebelah bar alat Standard, mengandungi cara pintas bagi perintah yang mengubah rupa dokumen. Untuk mengaktifkan satu butang, klik butang itu; untuk melihat nama butang, tunjukkan butang untuk memaparkan Tip Skrin.
Tips : Jika bar alat Standard atau Format tidak muncul, atau jika bar alat lain yang tidak diingini muncul, buka menu View dan pilih Toolbars. Pilih Standard atau Formatting. Satu tanda semak di sebelah nama bar alat bermakna bar alat itu dipaparkan. Untuk memaparkan bar alat lalai dengan lengkapnya, pilih perintah Customize, dan hilangkan tanda dalam kotak semak Standard dan Formatting toolbars share one row. Klik Close.
1.02 RUANG KERJA
Kawasan menaip dalam dokumen baru ialah satu ruang besar yang dikelilingi oleh bar tatal tegak dan ufuk. Titik sisipan (garis tegak berkelipan yang juga digelar kursor) menunjukkan lokasi aksara yang seterusnya akan muncul. Apabila penunding tetikus diletakkan di kawasan menaip, ia diwakili oleh satu bentuk-I.
Bar Tatal Bar tatal tegak dan mengufuk membenarkan anda melihat bahagian berlainan dokumen anda. Gunalah anak panah bar tatal untuk menatal dalam arah yang sesuai atau seret kotak tatal. Guna butang Previous Page dan Next Page ( di Pusat Komputer UTeM 4
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
bawah bar tatal tegak ) untuk beralih dengan segera dari satu bahagian dokumen ke bahagian lain.
Tips: Jika mana-mana bar tatal atau bar status tidak muncul, pilih Tools, Options. Klik tab View. Kemudian, di bawah tajuk Show, klik sebarang kotak semak yang tidak ditandakan -Status Bar, Horizontal Scoll Bar, dan/atau Vertical Scoll Bar- dan pilih OK.
Bar Status Bar status menunjukkan halaman semasa, bilangan halaman, dan lokasi titik sisipan anda dalam halaman. Semasa mengguna Word, bar status kadang-kadang memaparkan maklumat lain juga.
1.03 MENUKAR PAPARAN
Alat Zum. Cara paling cepat mengubah papran dokumen ialah mengguna Zoom Control di bar alat Standard. Klik butang anak panahnya untuk memaparkan senarai peratus penzuman, dan pilih satu nilai ( misalnya 150%).
Pusat Komputer UTeM 5
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Dokumen Telah Dizum Word menzumkan dokumen berdasarkan pilihan anda dalam langkah 1 ( bagi kes ini ialah 150% )
Kotak Dialog Zoom Untuk menyatakan nilai zum yang tepat, buka menu View dan pilih Zoom.
Pusat Komputer UTeM 6
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Nyatakan Peratus Zum Dalam kotak dialog Zoom, nilai peratus zum yang tepat boleh dimasukkan dalam kotak Percent ( Contohnya 50% ). Bahagian Preview menggambarkan teks yang dizumkan itu. Klik OK untuk mengguna paparan baru.
Butang Paparan Gunalah butang paparan di kiri bawah tetingkap untuk bertukar di antara paparan Normal, Web Layout, Print Layout dan Outline. Klik butang yang dikehendaki; misalnya Print Layout View.
Word memaparkan dokumen yang kelihatan seperti cetakannya. Kebanyakan pengguna menggunakan paparan Normal dan Print Layout ketika bekerja dan melihat halaman dokumen. Untuk menukar paparan anda sekali lagi, klik butang paparan yang dikehendaki. Paparan dokumen boleh juga ditukar dengan mengguna menu View.
Tips: Paparan Outline, bertujuan membantu anda mengubah struktur rangka anda. Dalam paparan outline, tajuk boleh dialih (dan sebarang isi teks atau tajuk kecil mereka ) dengan menyeret dan meletakkan mereka. Peringkat tajuk boleh disembunyikan dan dipaparkan dengan mengklik butang bar alat. Stail tajuk atau peringkat garis bentuk boleh juga digunakan pada tajuk ketika anda mengguna paparan Outline.
Pusat Komputer UTeM 7
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Butang Halaman Jika butang halaman anda lebih panjang daripada satu muka surat, klik butang Next Page untuk beralih serta-merta ke halaman seterusnya. Klik butang Previous Page untuk beralih ke halaman sebelumnya.
1.04 MENGGUNA TEMPLAT
Mengguna Templat Templat Word digunakan untuk mencipta dokumen dengan cepat apabila anda tidak mempunyai masa untuk memformat dan mereka sendiri. Templat ialah satu dokumen tersedia dan anda cuma perlu mengisi teks anda. Word mempunyai pelbagai templat. Jika tidak terdapat templat yang menepati kehendak anda, anda boleh memilih templat yang terdekat dan tambahkan reka bentuk serta unsur pemformatan sendiri dan simpan dokumen itu sebagai templat baru. Templat ini boleh digunakan apabila anda memerlukannya kelak.
Kotak Dialog New
Pusat Komputer UTeM 8
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Buka menu File dan pilih New untuk memaparkan kotak dialog New. ( Butang New di bar alat Standard bukan cara pintas untuk tujuan ini. Jika butang New diklik, Word menganggap anda ingin memulakan dokumen baru berdasarkan templat Normal; dan anda tidak berpeluang memilih templat lain.)
Kategori Templat Kotak dialog New mengandungi beberapa kategori tab untuk dipilih, seperti Letters & Faxes. Bergantung pada jenis dokumen yang ingin dicipta, klik setiap tab untuk melihat templat yang ditawarkan. ( Bergantung pada cara Word dipasangkan dan sama ada templat baru dicipta, tab dan templat anda mungkin berbeza.)
Apabila templat yang sesuai ditemui, pilihnya ( dengan mengklik ikon satu kali ); kawasan Preview akan memaparkan reka bentuk templat itu.
2.01 FORMAT CETAKAN
Alat Format Word Perintah pemformatan yang paling biasa digunakan ialah cetakan tebal, italik dan garis bawah. Oleh itu, masing-masing mempunyai butang sendiri di bar alat format yang boleh diaktifkan atau nyahaktif apabila diperlukan. Selain itu, mereka boleh juga didapati dalam kotak dialog Font, satu kotak dialog yang boleh diguna untuk menetapkan opsyen-opsyen pemformatan sekali gus.
Butang Bold, Italik dan Underline
Pusat Komputer UTeM 9
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Pilih teks yang sesuai, atau pilih perintah pemformatan sebelum menaip teks. Untuk cetakan tebal, klik butang Bold di bar alat Format. Untuk teks italik, klik butang Italic. Untuk teks bergaris bawah, klik butang Underline.
Format digunakan bergantung pada butang yang anda pilih. Format berkenaan akan serta-merta digunakan pada teks terpilih. Lebih daripada satu format boleh digunakan pada teks anda. Misalnya, perintah cetakan tebal, italik dan garis bawah boleh digunakan untuk satu perkataan yang sama.
2.02 FORMAT HURUF (FON)
Fon Di bat alat Format, klik anak panah hala bawah bagi kotak Font untuk memaparkan senarai fon yang terpasang. Tatal senarao itu sehingga menemui fon yang dikehendaki, dan klikkannya untuk diguna pada teks terpilih. ( Word meletakkan fon yang terkini digunakan di atas satu gari berganda dalam senarai fon; di bawah garis berganda ialah senarai bagi semua fon mengikut susunan abjad ).
Pusat Komputer UTeM 10
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Saiz Selepas memilih fon, anda boleh mengubah saiz fon menjadi lebih besar atau kecil. Di bar alat Format, klik anak panah hala bawah bagi kotak Font Size untuk memaparkan senarai saiz fon. Tatalkan, jika perlu, untuk mencari saiz yang dikehendaki, dan klik saiz itu untuk digunakan pada teks terpilih. ( Anda boleh juga mengklik di dalam kotak Font Size dan menaipkan saiz yang tiada dalam senarai.)
Tips: Sekiranya setelah menukar fon atau saiz, anda tidak sukanya, klik butang Undo di bar Standard; teks itu akan kembali ke fon atau saiz sebelumnya.
2.03 MENYISIP SIMBOL
Anda boleh menyisipkan satu aksara atau simbol khas yang tidak dapat didapati pada papan kekunci. Ianya mungkin terdapat dalam koleksi aksara dan simbol Word. Sebagai contoh, simbol cap dagangan.
Pusat Komputer UTeM 11
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Kotak Dialog Simbol Klik di lokasi yang ingin disisip simbol, kemudian buka menu Insert dan pilih Symbol.
Dari tab Symbols, klik satu simbol untuk membesarkannya. Setiap simbol yang diklik akan diperbesarkan supaya dapat dilihat dengan jelasnya ( contohnya, klik simbol R).
Setelah memilih simbol, klik butang Insert, simbol itu akan disisip ke dalam teks anda. Begitu juga sekiranya anda ingin menyisip aksara khas, klik tab Special Character, dan anda boleh memilih aksara yang terdapat di dalamnya.
Pusat Komputer UTeM 12
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
2.04 MENENTUKAN MARGIN
Margin lalai bagi Word ialah 1 inci di atas dan bawah halaman dan 1.25 inci di kiri dan kanan halaman. Margin-margin ini adalah sesuai untuk kebanyakkan dokumen, namun ianya boleh diubah untuk menjadikan suatu halaman kelihatan lebih sesuai.
Kotak Dialog Page Setup Buka menu File dan pilih Page Setup.
Tab Margins Dalam kotak dialog Page Setup, klik tab Margins jika belum dipaparkan.
Pusat Komputer UTeM 13
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Taipkan setting baru margin dalam kotak Top, Bottom, Left dan Right; setting tersebut adalah dalam ukuran inci. Anak panah di sebelah kotak boleh juga digunakan untuk mengeset margin : klik anak panah hala atas untuk meningkatkan nilai ukuran, dan klik anak panah hala bawah untuk mengurangkan ukuran. Klik OK untuk mengguna setting baru margin.
Tukar Margin Secara Manual Anda boleh juga menukar margin secara manual sama ada dalam paparan Print Preview atau Print Layout. Margin akan dipaparkan sebagai bar kelabu di setiap hujung pembaris tegak dan ufuk. Anda boleh menyeret margin untuk mengubahnya.
Tips: Jangan menukar margin hingga terlalu sempit atau lebar. Kebanyakkan mesin pencetak mempunyai margin minimun yang tidak dapat dicetakkan. (Biasanya, kurang daripada 0.25 inci dikatakan terletak di luar kawasan cetakan.)
2.05 MENGALIH DAN MENYALIN TEKS
Gunakan perintah Cut, Copy dan Paste untuk mengalih dan menyalin teks dari satu lokasi ke lokasi lain. Pilih teks yang ingin dipotong atau disalin .( Klik pada teks dan seret hingga tempat yang ingin dipotong atau disalin.) Butang Cut , Copy dan Paste
Pusat Komputer UTeM 14
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Untuk menyalin ialah mengguna butang Cut. Teks akan hilang dari dokumen, dan diletakkan di tempat storan Windows yang dinamakan Papan Klip. Untuk menyalin teks, klik butang Copy.
Klik dalam dokumen untuk meletakkan kursor di lokasi yang ingin ditampal teks yang telah dipotong atau disalin itu. Jika perlu anda boleh membuka dokumen lain atau beralih ke dokumen yang telah di buka untuk menampalkan teks. Klik butang Paste di bar alat Standard untuk menampalkan teks itu. Teks akan ditampalkan di kedudukan titik sisipan.
2.06 MENGESET JARAK BARIS
Jarak baris ialah ruang di antara baris teks dalam satu perenggan. Ruang di antara perenggan boleh ditukar. Untuk menukar jarak baris hanya untuk satu perenggan, klik perenggan itu. Untuk menukar jarak baris bagi beberapa perenggan , pilih perenggan tersebut. Untuk menukar jarak baris bagi keseluruhan dokumen, tekan Ctrl+A untuk memilih seluruh dokumen.
Pusat Komputer UTeM 15
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Kotak Dialog Paragraph Buka menu Format dan pilih Paragraph untuk memaparkan kotak dialog Paragraph.
Pusat Komputer UTeM 16
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Di atas kotak dialog Paragraph, klik tab Indents and Spacing jika tidak dipaparkan di depan. Kemudian, klik anak panah hala bawah bagi kotak Line Spacing. Pilih satu jarak baris: Single, 1.5 lines, atau Double.
Untuk menukar jarak perenggan bagi teks terpilih, berikan setting baru bagi kotak Before dan After di bahagian Spacing. Gunakan anak panah untuk mengeset jarak perenggan dalam ukuran poin, atau taipkan nilai tertentu. Kotak Before mengeset ruang di atas perenggan; manakala kotak After menetapkan ruang di bawah perenggan. Pilih OK untuk menutup kotak dialog.
Tips: Apabila mengubah setting dalam kotak dialog Paragraph, semak kesannya dalam bahagian Preview.
Pusat Komputer UTeM 17
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Setting Baru Sebarang perubahan yang dibuat dalam kotak dialog Paragraph akan digunakan pada teks terpilih.
2.07 MENJAJAR TEKS
Teks boleh dijajar ke margin kanan, diketengahkan di antara margin kiri atau kanan, atau diimbangi supaya teks dijajar di kedua-dua margin kiri dan kanan.
Butang penjajaran
Butang penjajaran di bar alat Format membolehkan anda menjajar teks dengan cepatnya. Pilih teks atau perenggan yang ingin dijajar.
Klik butang Align Left untuk menjajar teks di margin kiri. Klik Center untuk mengetengahkan teks, klik Align Right untuk menjajar ke kanan. Klik Justify untuk mengimbangi teks di antara margin kiri dan kanan.
Tips: Untuk membatalkan penjajaran yang ditetapkan, pilih teks itu semula dan pilih penjajaran baru. Kaedah lain untuk mengguna penjajaran ialah melalui kotak dialog Paragraph: tempat bagi perintak-perintah pemformatan perenggan. Buka menu Format dan pilih Paragraph.
2.08 MENGINDEN TEKS
Inden ialah margin yang mempengaruhi perenggan atau baris individu. Inden menyebabkan perenggan mudah dibezakan. Cara yang paling menginden satu baris teks ialah dengan menggunakan kekunci Tab: namun, cara lain menginden teks dengan lebih cepat iaitu dengan menetapkan ukuran yang tepat bagi inden kiri dan kanan, inden hanya baris pertama teks, atau mencipta inden tergantung yang membiarkan baris pertama dikekalkan tetapi baris-baris lain diinden.
Pusat Komputer UTeM 18
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Butang Inden
Untuk menginden dengan segera, guna butang inden di bar alat Format. Untuk menambahkan inden, klik dalam perenggan atau ayat yang ingin diinden, dan klik butang Increase Indent. Untuk mengurangkan inden, klik butang Decrease Indent.
Word menggunakan seting inden anda pada teks terpilih. Gambar di bawah menunjukkan contoh inden baris pertama dan inden tergantung.
Tips: Untuk menginden dengan segera ketika anda sedang menaip perenggan baru, tekan kekunci Tab. Ini akan menginden teks sejarak ½" yang sesuai bagi kebanyakkan perenggan. Anda juga boleh menginden dengan menggunakan kotak dialog Paragraph.
2.09 SENARAI BULET DAN NOMBOR
Senarai bulet dan senarai nombor word digunakan untuk menyenaraikan butir-butir dalam urutan tertentu. Anda boleh mengaktifkan ciri senarai bulet atau senarai nombor sebelum menaipkan teks, atau menukar teks yang sudah wujud itu ke bentuk senarai.
Pusat Komputer UTeM 19
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Butang Pemformatan
Untuk menukar teks yang telah wujud itu menjadi senarai, pilih teks itu dahulu. Untuk menambah bulet, klik butang Bullets di bar alat Format. Untuk menukar teks menjadi senarai nombor, klik butang Numbering. Untuk menambahkan lebih banyak butir pada senarai, klik hujung baris yang terletak di atas lokasi yang ingin ditambahkan butir baru dan tekan Enter. Word akan menyisip satu bulet baru atau nombor, kemudian taipkan teks baru. Selapas menaip, tekan Enter dua kali untuk menamatkan ciri senarai bulet atau senarai nombor, atau klik butang Numbering atau Bullets sekali lagi.
Pusat Komputer UTeM 20
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Jika anda lebih suka mengguna bulet lain atau stail nombor lain bagi senarai anda, buka kotak dialog Bullets and Numbering. Pilih teks, dan buka menu Format dan pilih Bullets and Numbering.
Untuk mengubah stail bulet, klik tab Bulleted dan pilih stail lain. Untuk menukar stail nombor lain, klik tab Numbered dan pilih stail lain. Klik OKuntuk keluar dari kotak dialog dan mengguna stail baru.
Pusat Komputer UTeM 21
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
2.10 MENCIPTA LAJUR
Lajur Word adalah stail lajur surat khabar yang bermaksud teks dialirkan ke bawah satu lajur yang kemudiannya disambung di atas lajur seterusnya.
Pilih teks yang hendak diformat menjadi lajur, kemudian buka menu Format dan pilih Columns.
Jenis Lajur Di bawah Presets, klik stail lajur yang dikehendaki, misalnya Two atau Three. Guna opsyen Width and Spacing untuk mengeset ukuran yang tepat bagi lajur dan ruang di antara lajur ( atau pilih seting lalai). Kawasan Preview memberikan gambaran stail yang dipilih.
Pusat Komputer UTeM 22
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Untuk mengguna format lajur pada kawasan tertentu, klik anak panah bagi Apply to dan pilih sejauh mana lajur itu digunakan dalam dokumen. Ataupun, pilih Whole document jika anda ingin keseluruhan dokumen mengguna stail lajur pilihan. Klik OK untuk keluar dari kotak dialog dan mengguna format lajur pilihan.
Word akan memaparkan lajur dalam paparan Print Layout iaitu cara yang terbaik untuk melihat lajur dalam Word.
2.11 MENYISIP JADUAL
Untuk mencipta jadual dengan segera, klik dalam dokumen, kemudian klik butang Insert Table di bar alat Standard. Tentukan baris dan lajur yang dikehendaki di dalam ruang Number of columns dan Number of rows. Tekan OK setelah selesai.
Jadual dengan bilangan baris dan lajur pilihan anda akan muncul apabila butang tetikus dilepaskan. Lebar jadual itu adalah selebar halaman; untuk menjadikan
Pusat Komputer UTeM 23
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
lajur lebih sempit, tunjuk pada sempadan tegak dan seretnya ke kedudukan baru ( seret sempadan kanan jadual untuk mengurangkan lebar keseluruhan jadual). Klik dalam satu sel dan mula menaip. Teks dalam setiap sel adalah seperti satu perenggan; jika Enter ditekan, perenggan baru dimulakan dalam sel yang sama. Teks itu boleh diformat seperti anda memformat teks dalam perenggan biasa.
Melukis Jadual Sendiri Untuk melukis jadual asimetri, secara sel demi sel, klik butang Tables and Borders di bar alat Standard. Bar alat Tables and Borders akan muncul, skrin bertukar ke paparan Print Layout dan penunding tetikus menjadi bentuk pensel.
Klik butang Draw Table jika belum dipilih, kemudian guna butang Line Style, Line Weight, dan Border Color di bar alat Tables and Borders untuk memilih jenis dan warna sempadan luar jadual. Seret tetikus untuk melukis satu segi empat tepat bagi sempadan luar jadual.
Pilih jenis atau warna lain bagi garisan dalam jadual, jika dikehendaki; kemudian lukis garis dalaman untuk baris dan lajur. Ketika menyeret, satu garis terputus-putus menunjukkan kedudukan garis itu.Lepaskan tetikus apabila garis itu telah melintasi lebar atau tinggi jadual. Anda boleh melukis jadual yang kompleks dengan kaedah ini.
Pusat Komputer UTeM 24
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Tips: Tekan Tab untuk beralih ke sel kanan, dan Shift+Tab untuk kes sel kiri. (Untuk menyisip satu aksara hentian tab dalam sel, tekan Ctrl+Tab.)
Tambah dan Hapus baris Untuk menyisip baris baru dalam jadual, klik baris di bawah lokasi baru, kemudian klik anak panah Insert table di bar alat Tables and Borders dan pilih Insert Rows Above; atau pilih Table, Insert, Row Above. Untuk menghapus satu baris, klik baris itu, pilih Table, Select, Row, dan klik Table, Delete, Rows.
Memformat Garisan Grid Garisan grid bagi jadual boleh ditunjukkan dan diformat atau disembunyikan ( yang menjadikan jadual kelihatan seakan senarai). Untuk menyembunyikan garisan grid, klik dalam jadual kemudian pilih Table, Hide Gridlines; untuk memaparkannya semula, pilih Table, Show Gridlines.
2.12 MENGGUNA PENGEPALA DAN PENGKAKI
Pengepala ialah teks yang muncul di atas setiap halaman, dan pengkaki ialah teks yang muncul di bawah setiap halaman. Pengepala dan pengkaki boleh digunakan untuk memaparkan tajuk dokmen, nama anda, nama organisasi, medan dan sebagainya. Medan ialah tempat yang memegang maklumat yang dikemas kini dengan automatik oleh word, misalnya tarikh semasa.
Tambah Pengepala Dan Pengkaki Untuk menambah pengepala dan/atau pengkaki kedalam dokumen, buka menu View dan pilih Header and Footer.
Masukkan Teks Pengepala Skrin di tukar kepada paparan Print Layout, dan titik sisipan muncul di tempat pengepala serta bar alat Header and Footer dipaparkan. Teks dalam pengepala atau pengkaki boleh ditaip dan diformat seperti teks biasa. Secara lalai, kursor ditempatkan di pengepala. Taipkan teks pengepala. ( Guna butang Zoom Control di bar alat Standard untuk zumkan paparan.)
Pusat Komputer UTeM 25
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Masukkan Teks Pengaki Untuk mencipta pengkaki, klik butang Switch Between Header and Footer di bar alat Header and Footer untuk meletakkan kursor di bahagian pengkaki. Butang ini boleh digunakan untuk beralih di antara pengepala dan pengkaki.
Anda boleh pilih masukan pengepala dan pengaki terbina dalam dari butang Auto Text di bar alat Header and Footer atau sisipkan medan. Contohnya, klik butang Date untuk meyisip medan bagi tarikh semasa. Butang Page Number boleh diklik untuk menyisip kedua-duanya dalam sebaris di bahagian pengepala, tekan kekunci Tab untuk memisahkan masukan.
Klik butang Close di bar alat Header and Footer untuk kembali ke bahagian teks. Pengepala dan pengkaki tidak muncul dalam paparan Normal, namun, anda boleh melihat mereka dalam paparan Print Layout dan Print Preview.
Pusat Komputer UTeM 26
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
2.13 MENYISIP KOMEN
Komen membantu anda mengecam pelbagai pengguna yang mengguna dokumen. Misalnya, anda dihendaki menyampaikan laporan kepada beberapa orang ketua jabatan untuk mendapat pendapat mereka. Daripada meneka siapa yang menulis teks tertentu dalam dokumen itu, gunalah komen untuk menambahkan teks ke dalam dokumen.
Klik lokasi yang ingin disisipkan komen, kemudian buka menu Insert dan pilih Comment.
Masukkan Teks Komen Satu anak tetingkap dibuka di bawah dokumen dengan ruang untuk diisi komen anda. Taipkan teks komen seperti teks biasa. Apabila sudah siap, klik butang Close di anak tetingkap komen.
Pusat Komputer UTeM 27
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Lihat Komen Perkataan di kiri lokasi yang diklik untuk disisip komen akan diserlah dalam warna kuning. Untuk melihat komen, letakkan kursor di atas perkataan terserlah itu. Kotak komen muncul bersama nama orang yang menulisnya.
Edit atau Hapus Komen Untuk mengedit koman, klik kanan perkataan terserlah dan pilih Edit Comment dari menu terpacul. Anak tetingkap koman akan dibuka dan perubahan boleh dibuat pada teks komen. Untuk menghapus komen, klik kanan kawasan terserlah dan pilih Delete Comment dari menu terpacul.
2.14 MENYISIP NOMBOR HALAMAN DAN PEMISAH HALAMAN
Word mengetahui berapa teks yang boleh dimuatkan dalam satu halaman dan memasukkan pemisah halaman secara automatik. Akan tetapi, kadang-kadang anda perlu menyisip pemisah halaman sendiri. Jika dokumen anda terdiri daripada dua atau lebih halaman, anda mungkin perlu memasukkan nombor halaman. Word akan menyisip dan melaras nombor itu mengikut perubahan yang dibuat pada dokumen. Apabila dokumen dicetak, nombor itu akan dicetak juga.
Sisip Sendiri Pemisah Halaman Untuk meyisip sendiri pemisah halaman klik lokasi yang sesuai, kemudian tekan Ctrl+Enter. Pemisah halaman diwakili dengan garis bertitik dalam dokumen (dilihat dalam paparan Normal )
Pusat Komputer UTeM 28
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Buka Kotak Dialog Page Break Untuk mencapai pelbagai opsyen pemisah halaman, pemisah lajur, dan pemisah seksyen, buka kotak dialog Page Break dengan mengklik menu Insert, Break.
Pilih Opsyen Untuk mengeset pemisah halaman, klik opsyen Page Break. Bagi pemisah lajur atau seksyen, pilih opsyen yang sesuai. Klik OK untuk keluar dari kotak dialog.
Pusat Komputer UTeM 29
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Kotak Dialog Page Numbers Untuk memasukkan nombor halaman, buka menu Insert dan pilih Page Numbers. Kotak dialog Page Numbers muncul.
Pilih Kedudukan Dan Penjajaran Klik butang anak panah Position untuk memilih kedudukan nombor halaman sama ada di atas atau bawah dokumen. Klik butang anak panah Alignment untuk memilih jajaran nombor halaman. Klik OK untuk keluar.
Tips: Nombor halaman tidak muncul dalam paparan Normal. Tukar ke paparan Print Layout untuk melihat nombor halaman, pengepala dan pengkaki, lajur format khas lain. Jika halaman pertama dokumen anda tidak dikehendaki dicetak nombor halaman, pastikan kotak semak Show number on first page dalam kotak dialog Page Number tidak ditandakan. Untuk menukar format nombor halaman, klik butang Format dalam kotak dialog Page numbers untuk membuka kotak dialog Page Number Format. Guna kotak dialog ini untuk menyatakan stail nombor, mengawal penomboran halaman dan penomboran topik.
Pusat Komputer UTeM 30
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
2.15 MENYISIP NOTA KAKI DAN NOTA BELAKANG
Nota kaki atau nota belakang mungkin diperlukan bagi sesetengah pengguna untuk menyatakan sumber teks atau bahan rujukan lain. Nota tersebut boleh disisipkan denan mengguna kotak dialog Footnote and Endnote. Nota kaki muncul di bawah halaman sementara nota belakang terletak di hujung dokumen.
Letakkan Titik Sisipan Untuk menambahkan nota kaki atau nota belakang, klik di lokasi yang ingin disisip nombor rujukan.
Pilih Footnote and Endnote Buka menu Insert dan pilih Footnote untuk membuka kotak dialog Footnote and Endnote.
Pusat Komputer UTeM 31
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Pilih Opsyen Di bahagian Insert, pilih Footnote atau Endnote. Klik OK untuk keluar dari kotak dialog dan kembali ke halaman dokumen.
Tambah Rujukan Word akam menambahkan satu nombor rujukan superskrip ke dalam teks dan satu anak tetingkap terbuka di bawah skrin untuk dimasukkan teks rujukan. Klik dalam anak tetingkap dan taipkan teks rujukan. Klik butang Close untuk keluar dari anak tetingkap. Beralih ke paparan Print Layout dan tatal ke lokasi yan telah dimasukkan rujukan (hujubg dokumen) untuk melihat nota kaki atau nota belakang.
Tips: Word menomborkan rujukan dengan automatik. Setiap nota baru yang ditambah itu diberi satu nombor berturutan yang seterusnya. Jikan anda lebih suka tanda llain, misalnya huruf atau simbol, klik opsyen Custom mark dalam kotak dialog Footnote and Endnote dan masukkan tanda itu. Untuk mengguna simbol, klik butang Symbol dan pilih satu simbol dari kotak dialog Symbol. Untuk mengubah kedudukan nota kaki dan nota belakang,dan format yang digunakan pada nombor, klik butang Options dalam kotak dialog Footnote and Endnote untuk membuka kotak dialog lain yang mengawal seting itu.
3.00 MENGGUNA ALAT PRUF DAN CETAK WORD
3.01 MENCARI DAN MENGGANTI TEKS
Untuk anda mencari satu perkataan atau rangkai kata tertentu dalam dokumen ,anda tidak perlu menatal dan membaca, gunalah perintah Find. Ciri ini mencari perkataan atau rangkai kata tersebut dalam seluruh dokumen. Jika perkataan itu perlu dicari dan diganti, gunalah perintah Replace. Sekiranya nama seorang pelanggan telah disalah eja dalam suatu laporan, perkataan itu boleh diperbetul dengan segera melalui perintah Find and Replace.
Pusat Komputer UTeM 32
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Cari Perkataan/Rangkai Kata Untuk melakukan pencarian perkataan atau rangkai kata denagn pantas, buka menu Edit dan pilih Find. Kotak dialog Find and Replace bersama tab Find dipaparkan.
Masukkan Teks Dalam kotak teks Find what, taipkan teks yang hendak dicari (misalnya trip) dalam kotak teks Find what, dan taipkan teks gantian (misalnya journey) dalam kotak teks Replace with. Jika anda ingin menetapkan kriteria tertentu, klik butang More dan pilih opsyen yang sesuai. Klik butang Find Next untuk mencari kewujudan pertama. Teks itu akan diserlah. Klik butang Replace untuk mengganti teks terserlah dengan teks baru. Klik Replace All untuk menggantikan semua kewujudan teks carian dalam dokumen, atau klik Find next unutk mengabaikan kewujudan pertama dan beralih ke carian seterusnya.
Pusat Komputer UTeM 33
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Tips: (carian Tamat)Apabila carian teks telah tamat, satu kotak yang memaklumkan anda akan muncul. Klik OK. Jika tiada kewujudan teks carian, anda juga akan dimaklumkan; klik OK dan cuba teks carian lain. (mencari dan menghapus) Guna kotak dialog Find and Replace untuk menghapuskan teks daripada dokumen anda. Buka kotak dialog Find and Replace dan taipkan teks yang dicari dalam kotak teks Find what, tetapi biarkan kotak teks Replace with tidak diisi. Word akan mencari teks itu dan menghapuskannya dari dokumen anda tanpa menggantinya dengan teks baru.
3.02 MENYEMAK EJAAN DAN TATABAHASA
Ciri Spelling Checker dan Grammar Checker berupaya menyemak ejaan dan tatabahasa suatu dokumen bahasa Inggeris ketika anda sedang menaip, atau menyemak seluruh dokumen sekali gus. Ciri Automatic Spelling Checker dapat menunjukkan kesalahan ketika anda sedang menaip. Jika Automatic Spelling Checker tidak diaktifkan, pilih Tools, Options, dan klik tab Spelling and Grammar. Klik kotak semak Check spelling as you type untuk menandakannya (klik kotak semak Check grammar as you type jika ingin mengaktifkan Automatic Grammar Checker).
Garis Merah Bergelombang Semasa menaip, sebarang perkataan yang tidak didapati dalam kamus Word akan ditandakan garis merah bergelombang di bawahnya supaya memaklumkan anda mungkin terdapat kesilapan ejaan ( dalam gambar di bawah, behaviour telah ditandakan oleh Word).
Pusat Komputer UTeM 34
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Paparkan Menu Pintas Klik kanan perkataan itu untuk membuka menu pintas yang mempunyai pilihan ejaan lain dan perintah lain. Klik satu pilihan. Jika ejaan anda adalah betul ( misalnya, nama orang), klik Add; Word akan menambahkan perkataan itu ke dalam kamusnya dan tidak akan ditandakan garis merah oleh Spelling Checker lagi.
Abaikan Ejaan Jika nada tidak ingin menambahkan pertaan itu kedalam kamus Word dam membiarkan perkataan itu dalam ejaan asalnya, klik Ignore (All). Untuk menambah ejaan betul ke dalam senarai AutoCorrect supaya ejaan yang salah akan diperbetulkan secara automatik semasa anda menaip, klik AutoCorrect . Untuk membuka kotak dialog Spelling , klik Spelling.
Garis Hijau Bergelombang Jika garis bergelombang itu bewarna hijau, bermakna mungkin tatabahasa telah salah. Ikuti langkah sebelum nini untuk membetulkan kesilapan itu.
Pusat Komputer UTeM 35
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Semak Ejaan Dalam Dokumen Untuk menjalankan Spelling and Grammar Checker serentak bagi seluruh dokumen, klik butang Spelling and Grammar di bar alat Standard, atau buka menu Tools dan pilih Spelling and Grammar.
Kotak Dialog Spelling and Grammar Word menyemak setiap perkataan dalam dokumen dan membandingnya dengan kamus dan senarai peraturan tatabahasa dan memaparkan kotak dialog Spelling and Grammar apabila terjumpa perkataan yang tidak menepati peraturan tatbahasa. Anda boleh memilih untuk membiarkannya, mengubahnya, atau memilih opsyen lain dalam kotak dialog.
Pusat Komputer UTeM 36
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Tips: (Nyahaktif Ciri) Untuk nyahaktif ciri Automatic Spelling Checker, pilih Tools, Options. Dalam tab Spelling and Grammar, hilangkan tanda semak bagi Check spelling as you type. Untuk nyahaktif ciri Automatic Grammar Checker, hilangkan tanda semak bagi Check grammar as you type. Klik OK untuk keluar dari kotak dialog. (menyemak Stail Tulisan) Untuk mengubahsuai tatabahasa yang dicari oleh Word, pilih Tools, Options, dan klik tab Spelling and Grammar. Dalam senarai jatuh turun Writing Style, pilih satu stail yang sesuai. Anda boleh memilih butir dengan mengklik butang Setting. Tandakan atau hilangkan tanda bagi butir misalnya ayat pasif. Klik OK.
3.03 MENGGUNA TESAURUS
Thesaurus membantu anda dalam tulisan. Dengan ciri ini, anda boleh mencari sinonim (perkataan seerti atau hampir seerti) dan makna lain bagi perkataan bahasa Inggeris yang ditaip dalam dokumen. Guna ciri ini untuk membantu anda menghasilkan tulisan yang lebih baik.
Aktifkan Ciri Thesaurus Pilih perkataan yang hendak dicari dengan alat Thesaurus. Buka menu Tools dan pilih Language, Thesaurus. Kotak dialog Thesaurus akan dibuka.
Lihat Sinonom Kotak dialog Thesaurus memaparkan perkataan terpilih dalam kotak teks Looked Up. Satu senarai sinonim muncul dalam kotak senarai di sebelah kanan. Untuk mencari makna perkataan, pilihnya dari kotak senarai Replace with Synonym. Contohnya, journey telah dipilih dalam gambar. Klik butang Look Up.
Pusat Komputer UTeM 37
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Lihat Makna Perkataan Perkataan yang terpilih dan maknanya serta senarai sinonim lain aka dipaparkan. Carilah perkataan yang maknanya sehinnga anda mendapat perkataan yang ingin digunakan. Untuk kembali ke perkataan sebelumnya, klik butang Previous.
Gantikan Perkataan Setelah perkataan yang ingin digunakan dan klik butang Replace. Perkataan terpilih dalam dokumen akan digantikan dengan perkataan baru.
3.04 MENGGUNA AUTOCORRECT
Ciri AutoCorrect menjimatkan masa anda dengan membetulkan ejaan salah secara automatiknya ketika anda menaip dan tidak perlu menjalankan Spelling Checker. AutoCorrect dibekalkan bersama satu senarai ejaan salah yang biasa dilakukan oleh pengguna, tetapi senarai itu tidak komprehensif; anda boleh menambah perkataan yang sering anda salah eja.
Mencuba AutoCorrect Untuk menguji AutoCorrect, taipkan the dan tekan bar jarak atau taipkan satu tanda baca seperti koma atau nokhtah. Oleh kerana "the" ialah ejaan salah yang biasa dilakukan, AutoCorrect membetulkannya menjadi "the" sebelum anda sedar anda telah salah eja.
Batalkan Tindakan AutoCorrect Jika anda tidak ingin sesuatu perkataan itu dibetulkan (misalnya Mr. Edmud The), tekan Ctrl+Z untuk membatalkan pembetulannya sebelum anda menaip aksara lain. Selepas itu, anda boleh menyambung kerja menaip anda.
Pusat Komputer UTeM 38
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Singkirkan Masukan AutoCorrect Untuk menyingkirkan satu perkataan dari senarai AutoCorrect, buka menu Tools dan pilih AutoCorrect.
Pusat Komputer UTeM 39
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Hapuskan Perkataan Klik tab AutoCorrect. Dalam kotak Replace, taipkan beberapa huruf pertama perkataan yang hendak dihapuskan itu; senarai perkataan dan gantinannya akan ditatal ke perkataan tersebut. Klik perkataan itu dalam senarai dan klik Delete. Klik OK untuk keluar dari kotak dialog.
Pusat Komputer UTeM 40
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Tambah Satu Ejaan Salah Untuk menambahkan satu ejaan salah yang sering dilakukan oleh anda ke dalam senarai AutoCorrect, buka dokumen dan taipkan perkataan yang betul. (Rangkai kata panjang boleh juga ditambah; taipkannya termasuk sebarang huruf besar.) Pilih perkataan atau rangkai kata dan klik Tools, AutoCorrect.
Pusat Komputer UTeM 41
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Klik Butang Add Klik tab AutoCorrect. Perkataan atau rangkai kata tadi muncul dalam kotak With. Dalam kotak Replace, taipkan perkataan yang salah ejaannya (misalnya, kumqat) atau akronim yang hendak digantikan (teks ini adalah teks yang dijangka akan salah ditaip dalam dokumen). Jika anda ingin menambah hanya satu butir, klik OK utuk menutup kotak dialog; jika anda ingin menambah lebih daripada satu perkataan ke dalam senarai AutoCorrect, klik Add untuk menambah setiap perkataan dan klik Close apabila telah siap.
3.05 MENUKAR SAIZ KERTAS
Saiz kebiasaan bagi dokumen Word bersaiz 8 ½ " X 11". Jika anda perlu mencipta dokumen yang mengguna saiz kertas lain, buka kotak dialog Page Setup dan tukarkan setingnya. Dari tab Paper Size, anda boleh menukar saiz atau orientasi kertas atau memasukkan ukuran bagi saiz kertas lain.
Pusat Komputer UTeM 42
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Page Setup Buka menu File dan pilih Page Setup. Kotak dialog Page Setup muncul.
Pilih Tab Paper Size Klik tab Paper Size untuk melihat opsyen mengenai saiz dan orientasi kertas.
Pusat Komputer UTeM 43
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Tukar Saiz Kertas Guna senarai jatuh turun Paper Size untuk memilih saiz kertas lain. Semasa menatal senarai, anda akan mendapati anda boleh mengguna saiz kertas standard dan beberapa saiz sampul surat. Untuk mencipta sendiri, pilih Custom dari senarai dan taipkan saiz kertas anda.
Tukar Orientasi Kertas Secara lalai Word mencetak dokumen dengan orientasi potret ( 8 ½ ' ialah lebar halaman). Anda boleh menukar ke orientasi landskap untuk mencetak merentasi tinggi halaman (iaitu bahagian berukuran 11')
Tukar Sumber Kertas Bergantung kepada pencetak anda, anda mungkin perlu menukar sumber kertas sebelum mencetak. Untuk berbuat demikian, klik tab Paper Source dan pilih opsyen yang sesuai. Selepas mengeset opsyen saiz dan sumber kertas, klik OK untuk keluar dari kotak dialog Page Setup. Apabila anda bersedia untuk mencetak , klik butang Print.
Pusat Komputer UTeM 44
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
3.06 MENCETAK SAMPUL SURAT
Sesetengah projek anda mungkinmelibatkan pencetakan khas, seperti sampul surat. Guna kotak dialog Envelopes and Labels untuk memasukkan alamat dan pilih saiz sampul surat.
Ciri Envelopes and Labels Sekiranya anda telah mencipta satu surat bersama alamat yang ingin dicetak pada sampul surat, buka dokumen itu. Jika belum, anda boleh membuka ciri
Pusat Komputer UTeM 45
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Envelopes and Labels dari sebarang dokumen dan menciptanya. Buka menu Tools dan pilih Envelopes and Labels.
Tab Envelopes Klik tab Envelopes. Jika perlu, taipkan alamat penerima dan alamat penghantar dalam kotak yang sesuai. Jika anda mengguna ciri ini denagn fail surat, Word akan mencari alamat yang ditaip dalam dokumen surat.
PILIH OPTIONS
Pilih Opsyen Lain Untuk memilih saiz sampul surat selain daripada saiz lali, klik butang Options utnuk membuka kotak dialog Envelope Options.
Pilih Saiz Sampul Surat Pilih saiz lain dari senarai jatuh turun Envelope size.
Pusat Komputer UTeM 46
Microsoft Word Basic
___________________________________________________________________________________
Keluar Dari Envelopes Options Anda boleh juga menukar fon bagi alamat dan mengawal ruang di antara alamat dan pinggir sampul surat. Klik OK untuk kembali ke kotak dialog Envelopes and Labels.
Mencetak Untuk mencetak sampul surat, klik butang Print. Pastikan anda menyisip sampul suratyang betul ke dalam pencetak. Bergantung pada seting pencetak, kawasan Feed dalam kotak dialog memberikan petunjuk bagaimana memasukkan sampul surat.
PRINT
Pusat Komputer UTeM 47

Tidak ada komentar:

Posting Komentar